Rancangan
Pelajaran Harian
Mata Pelajaran : Tunjang Sains dan Teknologi (Awal sains)
Tarikh / Hari : 31 Oktober 2012 (Rabu)
Kelas : Prasekolah Bestari
Masa : 9.30 – 10.00 pagi
Tajuk : Pertumbuhan
biji benih kacang hijau.
Standard
Pembelajaran : ST 2.1.7-
Memerhati objek-objek di persekitaran dan
mengenal saiz,besar,kecil,panjang,pendek,
tinggi,rendah,tebal,nipis).
ST
2.1.8- Memerhati dan merekod pemerhatian dalam tulisan
yang mudah dengan bimbingan.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid dapat :
a. Mengetahui
proses pertumbuhan biji kacang hijau.
b. Membezakan
proses pertumbuhan mengikut hari.
c. Menghasilkan
sebuah buku skrap yang menarik.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid mengenali kacang hijau dan pernah makan.
Pendekatan :
Masteri
Strategi :
Berpusatkan guru, murid, dan bahan.
Kaedah :
Penerangan, masteri, kerja individu.
ABM :
Kacang hijau,kad gambar,kertas warna,gam,gunting.
Nilai murni :
Mengikut arahan guru,ketekunan,berhemah dan kreatif.
KBKK :
Membanding beza,pengetahuan,kefahaman dan membuat
rumusan.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah/Masa
|
Isi
kandungan
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Pelajar
|
Strategi/Kaedah/
ABM/
Nilai/ KBKK
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Permulaan
|
1.Guru memberi ucapan salam dan bertanya khabar murid.
2.Guru menunjukkan kacang hijau dan memberikan murid
memegang dan merasa kacang hijau.
3. menyoal apa yang boleh dibuat dengan kacang hijau.
4.Guru memberitahu tajuk pengajaran pada hari tersebut.
|
1.Murid memberitahu guru apakah rasa,warna kacang
tersebut.
2.Murid memberitahu guru mengenai pengetahuan sedia ada
seperti kacang hijau boleh di buat bubur.
|
Strategi:
Berpusatkan murid.
Kaedah:
Bersoal jawab
ABM:
Bahan maujud
(kacang hijau)
Nilai:
Mendengar
arahan guru.
KBKK:
Murid mendapat gambaran awal
tentang tajuk yang akan diajar.
|
Langkah
1
(5
minit)
|
Proses pertumbuhan
Biji kacang hijau sehinggakan
menjadi taugeh.
|
1.Guru menunjukkan gambar proses pertumbuhan daripada hari
pertama hingga hari keempat.
2.Guru menyoal murid berdasarkan gambar proses pertumbuhan
tersebut.
3.Guru menerangkan tentang borang kajian yang perlu
ditanda di oleh murid.
|
1.Murid memberi perhatian terhadap
penerangan guru.
2.Murid menjawab persoalan guru
dan memahami cara membuatnya.
|
Strategi:
Berpusatkan guru dan murid.
Kaedah:
Penerangan, Masteri
ABM:
Kad gambar dan contoh buku skrap
yang telah siap.
Nilai:
Ketekunan.
KBKK:
Berfikir dan kefahaman.
|
Langkah
2
(15
minit)
|
Cara membuat buku skrap
|
1. Guru menerangkan tentang cara membuat buku skrap
tentang proses pertumbuhan biji kacang hijau sehinggalah menjadi taugeh.
2.Guru memberikan sekeping kertas untuk murid melukis
gambar proses pertumbuhan biji kacang hijau dengan menyalin semula seperti
yang tertulis di papan tulis.
|
1.Murid
melukis keempat-empat proses pertumbuhan dan menandakan hasil kajian
pertumbuhan akar,batang dan daun mengikut bilangan hari.
2.Murid
mewarnakan gambar,meng-
gunting
dan menampal gambar tersebut di dalam buku skrap.
|
Strategi:
Berpusatkan guru dan murid.
Kaedah:
Penerangan secara kelas dan
Masteri.
ABM :
Kertas warna,gunting,gam,penebuk
lubang dan pengelip kertas.
Nilai :
Ketekunan
Kebersihan
Kreatif
KBKK :
Berfikir dan membanding beza.
|
Penutup
(5
minit)
|
Menunjukkan hasil kerja murid
|
1.Guru meminta murid yang telah menyiapkan buku skrapnya
tampil ke depan dan menunjukkan hasil kerjanya kepada rakan-rakan.
tetapi belum dapat
menghasilkan sebuah buku skrap.
2.Guru memanggil murid kedua yang hanya dapat mewarnakan
keempat-empat gambar tetapi belum dapat menghasilkan sebuah buku skrap.
3.Guru memberi penghargaan kepada murid tersebut.
|
1.Murid menunjukkan hasil kerjanya kepada rakan-rakan.
2.Murid dapat membuat perbezaan kedua-dua hasil kerja yang
di lakukan oleh rakan mereka itu.
|
Strategi:
Berpusatkan guru dan murid.
Kaedah:
Aktiviti individu.
ABM:
Kertas warna,gunting,gam,penebuk
lubang dan pengelip kertas.
Nilai:
Bekerjasama dan bertanggungjawab.
KBKK:
Kefahaman dan menjana idea.
|
No comments:
Post a Comment